Jumaat, 23 Oktober 2009

Keputusan Isu Kuil Diketahui Hujung Bulan Ini

SELANGOR KINI


SHAH ALAM - Keputusan isu pemindahan Kuil Sri Mariamman di Seksyen 19, Shah Alam bakal dicapai selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Meskipun isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke 23 Shah Alam semakin reda, namun penduduk kawasan terbabit berharap Kerajaan Negeri Selangor segera menyelesaikan isu tersebut dengan berhemah tanpa menjejaskan sensitiviti kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun, sebarang keputusan dijangka diketahui umum setelah Kerajaan Negeri dapat bertemu dan berbincang dengan penduduk terbabit dalam masa terdekat.

“Dalam perbincangan yang memuaskan iaitu kedua pihak maknanya PKNS dan Jawatankuasa Kuil, walaupun dalam perbincangan, nampaknya mereka ada beberapa perkara besar sudah dipersetujui dan saya berharap sebelum akhir bulan ini kita boleh dapat beberapa keputusan yang boleh kita melangkah ke hadapan dalam usaha menyelesaikan masalah kuil di Shah Alam”, kata Tan Sri Abdul Khalid.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah, Kompleks Logistik Bersepadu, Panasonic Malaysia Sdn Bhd di Shah Alam semalam.

Terdahulu cadangan tapak baharu kuil sudah dicapai apabila lokasi di Jalan Saham 23/6, Seksyen 23, Shah Alam dipersetujui ramai selepas dianjakkan 200 meter dari kawasan perumahan berhampiran.

Untuk tujuan itu juga Kerajaan Negeri bercadang membina jalan penghubung bagi memudahkan penganut agama Hindu menuju ke kuil itu nanti.

Tiada ulasan: