Sabtu, 24 Oktober 2009

Kaji selidik hakim: Polis akan panggil Ibrahim

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi merakamkan keterangannya selepas beliau mendakwa wujud laman web Majlis Peguam yang menjalankan kaji selidik prestasi hakim di negara ini dalam tempoh terdekat

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, setakat ini pihaknya belum mengklasifikasikan laporan polis yang dibuat oleh Ibrahim itu di bawah mana-mana seksyen.

"Setakat ini, kita belum memanggil mana-mana individu dan siasatan kes itu akan ditentukan selepas kita meneliti laporan polis dan merakamkan keterangan pengadu (Ibrahim)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu membuat laporan di Balai Polis Travers mendakwa wujud borang kaji selidik prestasi hakim dalam laman web Majlis Peguam.

Dakwa beliau, tindakan Majlis Peguam membuat kaji selidik berhubung prestasi hakim itu dilihat sebagai tidak wajar dan salah.

Tiada ulasan: