Jumaat, 9 Oktober 2009

Bukit Tinggi bergegar awal pagi

Penduduk dengar dentuman kuat cemas berlari keluar dari bangunan kediaman

Oleh Halina Mohd Noor


BUKIT TINGGI: “Saya baru hendak mula memasak untuk berniaga pada jam 5.45 pagi apabila berlaku gegaran diikuti dentuman kuat seperti bom. Awalnya saya ingat ada kemalangan berlaku di lebuh raya. Bila terdengar bunyi bising orang ramai berlari keluar, baru saya sedar sebenarnya berlaku gempa bumi,” kata Rosnah Atun, 48.

Rosnah adalah antara penduduk Kampung Bukit Tinggi yang berasai gegaran yang berlaku pada 5.45 pagi. Beliau yang tinggal di tingkat atas rumah kedai bersebelahan lebuh raya Karak berkata, ia adalah gegaran paling kuat dirasai sejak tahun lepas.

Tiada ulasan: