Sabtu, 24 Oktober 2009

‘Bayi AirAsia’ bersama ibu dapat terbang percuma sepanjang hayat

MSTAR ONLINE


SEBUAH kapal terbang AirAsia yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuching terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan kecemasan pada hari Rabu lalu apabila salah seorang daripada penumpangnya menunjukkan tanda-tanda sakit hendak bersalin.

Tetapi, penumpang tersebut, Liew Siaw Hsia melahirkan seorang bayi lelaki sebelum kapal terbang itu sempat mendarat dengan bantuan seorang doktor yang turut berada dalam kapal terbang dengan dibantu oleh beberapa orang pramugari.

"Bayi lelaki serta ibunya yang berumur 31 tahun itu boleh terbang secara percuma untuk sepanjang hayat mereka," menurut Pengarah Operasi AirAsia Moses Devanayagam selepas menziarahi mereka di hospital hari ini.

"Bayi itu dilahirkan pada ketinggian 2000 kaki di udara ketika kapal terbang AK 6506 berada di sekitar Kuala Lumpur," tambahnya lagi.

Dua beranak itu dikejarkan ke hospital yang berhampiran sejurus mendarat.

"Untuk meraikan peristiwa yang bersejarah ini, kami memutuskan untuk menghadiahkan mereka penerbangan percuma untuk seumur hidup," jelas Moses lagi.

Tiada ulasan: