Selasa, 27 Oktober 2009

Bank Negara batal 20 lagi lesen pengurup wang

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia mengumumkan yang ia telah membatalkan 20 lesen pengurup wang yang dikeluarkan di bawah Akta Pengurupan Wang 1998.

Orang ramai dinasihati tidak menjalankan urus niaga pertukaran wang dengan syarikat berkenaan kerana mereka tidak lagi mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan itu di Malaysia.

"Orang ramai tidak akan menghadapi kesulitan dengan pembatalan ini kerana terdapat kira-kira 900 pengurup wang berlesen yang sedang beroperasi di seluruh negara dan jumlah ini memadai untuk memenuhi keperluan pelancong dan pengembara," menurut kenyataan Bank Negara hari ini.

Pengurup wang dibatalkan lesen ialah Al Moulana Traders Sdn Bhd, M.M.J. Exchange Sdn Bhd, Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd, BTC Enterprise Sdn Bhd, De Laville Sdn Bhd, Flexi One Sdn Bhd, Gemilang Iris Sdn Bhd, Hawaii Hotel Sdn Bhd dan Ideal Stamina Sdn Bhd.

Turut dibatalkan ialah Intra-Artni Sdn Bhd, Kawalan Vila Sdn Bhd, Panca Suci Sdn Bhd, Pengurup Wang Tiram Sdn Bhd, Pua Say Bee Trading Sdn Bhd, Sri Panju Sdn Bhd, SS International Capital Ventures (M) Sdn Bhd, Sunrise Aim Sdn Bhd, Tanjung Intelek Sdn Bhd, THR Hotel (Penang) Sdn Bhd dan Towards Century Sdn Bhd.

Senarai penuh pengurup wang berlesen boleh didapati di laman web Bank Negara di www.bnm.gov.my.

Tiada ulasan: