Khamis, 29 Oktober 2009

Apa Sudah Jadi Dengan ’Sutratani’ ?


http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/sutratani4.jpgSETIU – Belum pun dua tahun berlalu, Program Skim Untuk Untuk Kesejahteraan Petani (Sutratani) di Kampung Telaga Papan, Setiu, di sini, menjadi kawasan terbiar, begitu sahaja!

Pada 18 November, 2007, Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan program tersebut yang menjadi satu program di gembar-gemburkan sebagai ’pemoden sektor pertanian’ dinegeri ini.

Abdullah dalam ucapannya telah menyindir dengan berkata, ’ Islam tidak mahu umatnya hidup dalam kemiskinan, sebaliknya mengajak umat berusaha bersungguh-sungguh dan jangan dibiarkan minda mereka diracuni.

Kononnya mengingatkan rakyat supaya menghapuskan racun minda yang boleh membantutkan setiap usaha baik yang dilakukan.

Bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh berbangga sambil berkata teknologi dari Belanda menjadi pilihan Kerajaan Negeri untuk memodenkan bidang pertanian.

Kata Idris lagi, Sutratani adalah usaha kerajaan membasmi kemiskinan menggunakan teknologi tinggi terutama dalam bidang pertanian menjadi fokus utama dan berterusan.

Walaupun banyak syarikat memohon bagi menjalankan pertanian berskala besar di Terengganu, tetapi tidak dapat membantu golongan tersebut, maka permohonan tersebut tidak menjadi fokus kerajaan

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/sutratani1.jpgOleh sebab itu, Kerajaan Negeri mahu pastikan program yang dilaksanakan ini mestilah memberi manfaat kepada rakyat tempatan, kata Dato Seri Idris ketika melawat ke tapak Sutratani.

Perasmian tersebut telah diadakan secara besar-besaran, orang-orang kampung diangkut dengan bas, diberi jamu makan dan menjadi acara kempen Idris menjelang pilihanraya umum ke 12 lalu.

Tinjauan Buletinonline yang dibuat ke tapak Sutratani Ahad lalu 25 Oktober, hanya lalang dan rumput yang tumbuh didalam dan diluar ’rumah plastik’ yang menelan belanja keseluruhannya sebanyak RM4,000,000.00.

Menurut seorang penduduk tempatan yang ditemui, Sutratani telah tidak diusahakan sejak awal tahun ini.

Perkara tersebut turut disahkan oleh para petugas stesyen pertanian Telaga Papan yang terletak bersebelahan dengan Sutratani.

Sutratani diusahakan oleh syarikat anak kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC).

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/sutratani5.jpgTADC pula menubuhkan syarikat TRG Sutratani Sdn. Bhd. (TRG Sutratani) yng kemudiannya beroperasi secara usaha sama dengan JPB Asia Passific Sdn. Bhd. (JPB) di mana pegangan saham Syarikat adalah 51% manakala baki 49% dipegang oleh JPB.

Menurut Laporan ketua Audit Negara, penyata kewangan Sutratani yang berakhir 31 Disember 2007, menunjukkan ia kerugian sebanyak RM186,592 bagi tahun semasa.

Pada tahun 2007, Sutratani telah meminjam sejumlah RM0.21 juta kepada TRG Sutratani untuk belanja mengurus dan bayaran elaun peserta projek.

Namun sekiranya ditanya kepada Exco Pertanian negeri yang juga ADUN Telemong Rozi Mamat, pasti dia menjawab, ia bukannya ’gagal’ tetapi belum berjaya, sebagaimana jawapan yang diberikannya setiap kali soalan mengenai pertanian di kemukakan dalam Dewan Undangan Negeri.

Beberapa projek mega pertanian yang diusahakan kerajaan negeri seperti projek Fertigasi Mega yang menelan kos RM16 juta serta projek ternakan ikan berimpak tinggi Zon Industri Akualkultur di Kenyir yang menalan belanja RM50 juta, turut dilaporkan menghadapi masalah.

Tiada ulasan: