Isnin, 14 September 2009

Umno beri hadiah liputan terbaik perhimpunan agung

BERNAMA


Satu pertandingan fotografi terbaik harian dan keseluruhan, laporan berita media cetak terbaik, laporan berita media elektronik terbaik dan laporan berita bukan berbahasa Malaysia terbaik akan dianjurka sempena Perhimpunan Agung Umno dari 13 hingga 16 Okt ini.

Pemenang pertandingan itu akan diumumkan pada Malam Penghargaan itu dengan setiap pemenang akan menerima wang tunai sebanyak RM500 hingga M3,000, kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh kepada pemberita hari ini.

Katanya Malam Penghargaan Media Massa yang dijadualkan pada 24 Okt ini di Dewan Merdeka, Pusat Dangagan Dunia Putra, adalah bagi meraikan petugas media yang membuat liputan sepanjang perhimpunan itu.

Abdul Rauf juga berkata bagi keselesaan 1,200 petugas media tempatan dan luar negara yang akan membuat liputan perhimpunan agung kali ini, satu ruangan khas disediakan di Aras 4 bersebelahan Dewan Merdeka, bagi mereka menemuramah pemimpin.

"Pihak media perlu mengisi borang permohonan untuk menemubual mana-mana pemimpin, agar kami boleh aturkan masa untuk temubual itu dan tidak perlu berebut-rebut seperti sebelum ini," katanya.

Tiada ulasan: