Sabtu, 12 September 2009

Umno Batu Pahat biaya 12 didakwa

Tanda simpati kes bantahan pemindahan kuil

Oleh Mohd Roji Abdullah


PARIT RAJA: Umno Bahagian Batu Pahat menyediakan dana bagi membantu 12 individu dari Seksyen 23, Shah Alam, yang didakwa di mahkamah kerana terbabit dalam demonstrasi membantah pemindahan kuil ke kawasan mereka.

Ketuanya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata dana itu bagi membantu mereka membayar denda jika dijatuhkan hukuman selain bagi menanggung kos mahkamah.

Katanya, bantuan itu sebagai tanda sokongan serta simpati terhadap penduduk Seksyen 23, selain sebagai tanda Umno Batu Pahat juga tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Selangor menangani isu berkenaan.

"Ini bukan soal perkauman tetapi sebagai sokongan kami terhadap 12 penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang terbabit dalam isu itu.

"Proses mahkamah tetap mereka lalui dan kami akan membantu dalam soal kewangan bagi meringankan beban mereka jika didenda nanti, " katanya.

Tiada ulasan: