Jumaat, 18 September 2009

Ugut bunuh Khir Toyo: PAS:Ugutan bukan budaya Malaysia

MERDEKA REVIEW


PAS Selangor terkejut dengan kenyataan bekas MB Selangor, Mohd Khir Toyo berhubung ugutan bunuh yang beliau terima melalui surat yang dikirim kepadanya yang dialamatkan ke pejabatnya di Sungai Panjang baru-baru ini. PAS Selangor bersetuju dengan tindakan beliau membuat laporan polis dan berharap agar pihak polis menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi.

Sesungguhnya budaya mengugut sedemikian rupa bukanlah budaya rakyat Malaysia apalagi penyokong Pakatan Rakyat khasnya dari PAS.

Bagi PAS Selangor sendiri isu untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor samada melalui usaha Khir Toyo (gambar di kanan) atau UMNO dan BN Selangor tidak akan menjadi realiti malah dianggap tidak berasas sama-sekali oleh kerana kesapaduan dan mantapnya gandingan kerajaan Pakatan Rakyat ini apalagi majoroti besar yang diperolehi oleh gabungan ini selepas PRU ke-12 lalu.

PAS Selangor manafikan kenyataan Khir Toyo bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ini lemah sebaliknya sokongan rakyat terhadapnya terus kukuh dan sehingga kini pencapaian yang diperolehi dalam membela nasib rakyat serta membawa kemudahan dan pembangunan kepada rakyat menerima sambutan yang baik seluruh Selangor. Ketelusan dan amalan bersih yang dibawa oleh pentadbiran Pakatan Rakyat sehingga kini terus menjadi sebutan rakyat berbanding kerajaan terdahulu di bawah Khir Toyo.

PAS Selangor yakin tiada apa-apa yang malang akan berlaku ke atas Khir Toyo dan dalam waktu yang sama berharap agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menyoal-siasat beliau baru-baru ini terhadap beberapa pertuduhan rasuah akan segera selesai menjalankan tugas mereka dan jika mempunyai asas segera mendakwa Khir Toyo di mahkamah. Jangan kes apa yang dikatakan ugutan bunuh ini menghalang penyiasatan pihak lain.

*Kenyataan media ini dikeluarkan Roslan Shahir bin Mohd Shahir, selaku Ketua Penerangan PAS Selangor, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.

Tiada ulasan: