Isnin, 14 September 2009

Tujuh Kematian Hari Pertama Ops Sikap Ke-20

BERNAMA


KUALA LUMPUR --Sebanyak tujuh kematian di jalan raya dilaporkan pada hari pertama Ops Sikap ke-20 yang bermula pada Ahad sehingga 27 Sept ini bagi mencegah kemalangan sempena sambutan Aidilfitri.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supt Rasdi Ramli dalam satu kenyataan berkata lima kematian itu berlaku dalam empat kemalangan di jalan persekutuan manakala masing-masing satu kematian berlaku di jalan negeri dan jalan bandaran.

Empat mangsa yang terkorban membabitkan kemalangan kereta, dua mangsa lagi melibatkan pembonceng motorsikal dan seorang pejalan kaki, katanya.

Sejumlah 874 kemalangan berlaku dalam tempoh 24 jam itu dengan jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi dengan 430 kes diikuti jalan persekutuan (186), jalan negeri (122), lebuhraya (90) dan jalan-jalan lain (46).

Sebanyak 11,104 saman dikeluarkan pada Ahad.

Tiada ulasan: