Isnin, 7 September 2009

SPRM rangka strategi pemulihan imej

BERITA HARIAN OLINE


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam proses merangka strategi pemulihan imej selepas dipersalahkan banyak pihak, terutama pembangkang berhubung kematian Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock, Julai lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed, berkata lebih banyak cabaran dihadapi pihaknya ketika ini, berbanding sebelumnya berikutan tohmahan liar pelbagai pihak berhubung isu berkenaan.

"Perkara utama yang kita pentingkan ketika ini ialah memulihkan keyakinan masyarakat terhadap SPRM itu sendiri supaya kita dapat menjalankan tugas dengan sewajar dan sepatutnya.

"Justeru, saya minta masyarakat bersabar dan menunggu sehingga prosiding inkues kes berkenaan serta siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai prosedur siasatan kita selesai," katanya pada sidang media selepas selesai Latihan Kecerdasan Emosi dan Spiritual (ESQ) untuk pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPRM dan pegawai Jabatan Peguam Negara di sini, semalam.

Latihan tiga hari di sebuah hotel di sini, turut disertai Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor 16 Julai lalu. Sejak itu pelbagai tuduhan dilemparkan kepada SPRM mendakwa pegawai suruhanjaya terbabit dalam kematiannya.

Tiada ulasan: