Khamis, 10 September 2009

Sivanesan dihentam dengan batang besi, ditumbuk, ditampar dan di rotan alat kelaminnya.


SHAH ALAM - Seorang saksi kekejaman tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menceritakan bagaimana dia telah digari dan dibawa ke bilik gelap dimana dia melihat seorang seorang lelaki yang tinggi yang memakai cermin mata, telah membalut satu batang besi dengan suratkhabar lama.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/SIVANESANGOBIND.jpgDia telah diarahkan berbogel dan beberapa lelaki menyerangnya. Dia telah di hentam dengan batang besi, ditumbuk, disepak, ditampar dan tapak kaki dan alat kelamin telah dirotan, sehingga beliau terkencing dan terberak kesakitan.

Sivanesan Tanggavelu, 22, menceritakan sebagai saksi kepada perbicaraan inkues kematian Teo Beng Hock, bagaimana pengalaman yang menyeksakan itu di alaminya ketika disoal siasat oleh para pegawai penyiasatan SPRM Selangor.

Bekas penolong pengurus satu syarikat berpangkalan di Kuantan, menceritakan bagaimana di telah didatangi tiga orang lelaki yang mengaku sebagai pegawai pencegah rasuah dirumahnya pada 4 September tahun lalu, meminta bantuannya dalam satu siasatan.

Bagaimana pun ketika mengikuti mereka ke pejabat SPRM tingkat 14 Plaza Masalam di sini, beliau telah diminta menandatangani satu dokumen ’pengakuan bersalah’.

Apabila beliau enggan, salah seorang daripada mereka, yang dikenali sebagai “Mohan”, memberitahunya dalam bahasa Tamil: “Jika kamu tidak bercakap benar, tempat ini akan jadi neraka.”

(Gambar - peguam Gobind menunjukkan gambar-gambar Sivanesan yang di seksa oleh SPRM kepada pihak media)

Savanesan berumur 22 tahun telah diperkenalkan hari ini sebagai seorang saksi baru kepada inkues kematian misteris Teoh Beng Hock pada Julai 16 lalu, selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tiada ulasan: