Khamis, 24 September 2009

Selesa berbaju Melayu bagi Adun Kebun Bunga

Mohd Ali Hashim


PERMATANG PAUH .Seringkali menghadiri majlis keramaian yang berkaitan dengan umat Islam atau masyarakat Melayu mengenakan Pakaian Kebangsaaan negara dengan bersampin adalah satu kemestian bagi Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun)Kebun Bunga, Ong Khan Lee.

Beliau yang ditemui semasa majlis sambutan Aidilfitri di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam melahirkan rasa selesa beliau memakai baju Melayu, bersampin dan bersongkok.

"Saya mempunyai tiga pasang Pakaian Kebangsaan seperti ini yang saya gunakan untuk menghadiri majlis-majlis keramaian yang bersesuaian.Saya juga merasa selesa dengan pakaian sedemikian.Ia juga tidak menghalang saya untuk meneruskan khidmat saya sebagai seorang Adun Pakatan Rakyat."

Memakai Pakaian Kebangsaan ini sudah menjadi kebiasaan bagi Ong.Beliau juga merupakan satu-satunya Adun Pakatan Rakyat yang sentiasa mengenakan pakaian sedemikian apabila menghadiri majlis-majlis keramaian yang berkaitan dengan kerajaan negeri dan masyarakat Melayu.

Tindakan beliau itu turut mendapat pujian ramai kerana beliau adalah salah seorang Adun yang membawa contoh yang baik untuk dijadikan teladan oleh lain-lain Adun Pakatan Rakyat yang ada dalam negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. _

Tiada ulasan: