Khamis, 17 September 2009

Ribuan rakyat Indonesia di Malaysia balik kampung

SINAR HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Lebih 200,000 warga Indonesia yang tinggal di Malaysia akan pulang ke kampung halaman mereka tahun ini untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

"Kira-kira 200,000 orang meninggalkan negara ini dengan menaiki kapal terbang atau feri," kata Duta Indonesia di Malaysia, Da’i Bachtiar.

Beliau berkata demikian semasa melakukan pemeriksaan feri di Pelabuhan Klang, Selangor.

Pihak Pelabuhan Klang kini menyediakan perkhidmatan pengangkutan air Malaysia-Indonesia iaitu dari pelabuhan itu ke Tanjung Balai Asahan, Sumatera Utara dan Dumai.

"Kami meninjau perantau Indonesia di sini sama ada mereka memerlukan bantuan atau menghadapi masalah untuk pulang ke kampung halaman mereka sempena cuti raya ini," katanya.

Menurut penolong pengurus kawasan Northport di Pelabuhan Klang, kapten Ng Ber Toon, lima feri disediakan untuk perjalanan dari pelabuhan ke Tanjung Balai Asahan atau Dumai.

"Kita mampu mendapat sekurang-kurangnya 1,500 orang sehari yang bertolak dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Balai Asahan," katanya.

Bagaimanapun bermula semalam, 10 feri telah disediakan khas untuk beroperasi di pelabuhan tersebut bagi menampung jumlah penumpang ke Sumatera yang mencecah lebih 3,000 orang sehari.

Tiada ulasan: