Isnin, 14 September 2009

Rais yakin BN kekal DUN Bagan Pinang

BERNAMA


JELEBU: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yakin Barisan Nasional (BN) akan menang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Katanya, walaupun parti itu menerima kritikan tetapi ia telah dapat membangunkan Bagan Pinang dengan pemimpinnya yang terdahulu telah berbakti kepada masyarakatnya.

"Mungkin ada kritikan tetapi bumi mana yang tidak kena hujan, bumi mana yang tidak retak, tinggal lagi kita harus berkebolehan untuk menangkis dan menghalakan pandangan penyokong kepada yang positif," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Sungai Pertang di sini malam tadi.

Katanya, pentadbiran dan proses kemajuan serta keprihatinan pemimpin BN dan Umno di kawasan itu telah menyebabkan parti kerajaan menguasai Bagan Pinang pada pilihan raya lalu.

Beliau yakin kemenangan Umno itu berfaktor kepada sumbangan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri atau wakil rakyat Bagan Pinang, Allahyarham Azman Mohd Noor, serta perasaan segan penduduknya kepada ketokohan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

"Jika kita lihat dari segi ketenteraan pula, di kawasan ini kita perolehi sokongan yang kuat," katanya.

Tiada ulasan: