Jumaat, 4 September 2009

PKFZ: Polis beku akaun Kuala Dimensi

MALAYSIA KINI


Polis telah membekukan akaun Kuala Dimensi - syarikat pemaju Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) semalam.

Dipecayai simpanan dalam akaun tersebut berjumlah RM140 juta.

Pemegang saham besar dalam Kuala Dimensi, Datuk Tiong King Sing dan Datuk Faizal Abdullah dijangka akan mengeluarkan kenyataan mengenainya.

Kuala Dimensi menjadi tumpuan berita baru-baru ini selepas ia didakwa mengenakan caj berlebihan terhadap Pelabuhan Klang bagi projek PKFZ, menyebabkan lembaga itu dan projek berkenaan menanggung kerugian.

Laporan audit mengenai projek itu baru-baru ini, yang dibuat atas atahan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, turut menamakan Kuala Dimensi sebagai salah satu pihak yang dipersalahkan di atas kegagalan projek PKFZ itu.

Tiong yang juga pengerusi Jawatankuasa Penyokong Kerajaan juga kini 'berperang' dengan Ong ekoran dakwaannya yang beliau telah memberi RM10 juta kepada presiden MCA, sebagai sumbangan politik. Ong bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Ong telah disoalsisat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam dan hari ini berhubung perkara itu.

Tiada ulasan: