Rabu, 23 September 2009

Ops Sikap: 21 kematian pada hari ke-10

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Angka maut dalam Ops Sikap ke-20 meningkat kepada 177 semalam dengan 21 lagi kematian pada hari ke-10 kempen itu.

Penunggang motosikal terus mendahului senarai dengan 14 kematian diikuti kereta (4), basikal (2) dan pejalan kaki (1).

Penguasa Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Supt Rasdi Ramli dalam satu kenyataan hari ini berkata jalan persekutuan mencatatkan jumlah kemalangan paling tinggi iaitu 384 kes diikuti jalan bandaran (271), jalan negeri (181), lebuh raya (81) dan jalan lain 53 kes.

"Secara keseluruhan 970 kes kemalangan dilaporkan di seluruh negara dan 7,927 saman dikeluarkan semalam," katanya.

Ops Sikap Ke-20 yang bermula 13 September lalu akan tamat Ahad ini bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri.

Tiada ulasan: