Isnin, 21 September 2009

Ong kecewa kemalangan maut masih tinggi

BERNAMA


PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, hari ini melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan jumlah kemalangan maut yang dicatatkan pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Bagaimanapun, katanya, berbagai langkah yang diambil oleh kerajaan mampu mengurangkan bilangan kemalangan maut kepada purata 15 kematian sehari berbanding 18 tahun lalu.

Katanya, daripada kes kemalangan maut yang dilaporkan sepanjang musim perayaan, penunggang dan pembonceng motosikal masih mendahului senarai kes kematian.

"Angka kematian masih tidak begitu baik sekali dan kami mahu mengurangkan lagi bilangan kes maut ke tahap yang lebih rendah," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Menteri Kabinet di Seri Perdana di sini hari ini.

Ong berkata, kementeriannya akan memantau bilangan kematian dan akan meneruskan usaha mendidik pengguna jalan raya mengenai aspek keselamatan.

Beliau diminta mengulas 93 kes kematian yang dicatatkan pada minggu pertama Ops Sikap yang bermula Ahad lalu.

"Kita perlu bandingkan jumlah kematian pada hari biasa iaitu 18 orang berbanding 15 kematian pada tempoh perayaan Aidilfitri di mana bilangan kenderaan di jalan raya adalah jauh lebih tinggi," katanya.

1 ulasan:

abukhuzaifah berkata...

aku lg kecewa ong jd menteri pengangkutan