Ahad, 6 September 2009

Nyalaan lilin Hindraf: 16 ditahan di KL

MALAYSIA KINI


Enam belas orang ditahan, termasuk bekas tahanan ISA P Uthayakumar, sewaktu perarakan nyalaan lilin dekat Dataran Merdeka malam ini.

Ia bermula dengan perarakan oleh kira-kira 100 orang dari Masjid Jamek dekat situ.

Mereka yang menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain.

Bagaimanapun, sebelum sempat sampai ke Dataran Merdeka, mereka dihalang oleh anggota polis di simpang Jalan Parlimen dan Jalan Tunku Abdul Rahman, dan diarahkan bersurai.

Selepas kiraan 10, anggota polis mula membuat tangkapan.

Antara yang ditangkap ialah pemimpin Hindraf S Jayathas dan tunang
Uthayakumar - S Indradevi. Uthayakumar dan Indradevi ditahan ketika sedang beredar dari Dataran Merdeka.

Beberapa anggota polis menerkam ke arah Uthayakumar sehingga dia terjatuh dan kemudiannya dibawa menaiki trak polis.

Ekoran tangkapan tersebut, peserta yang lain beredar meninggalkan kawasan itu pada kira-kira jam 8 malam - hanya 15 minit selepas nyalaan lilin itu bermula.

Tetapi kira-kira 30 minit kemudian, dua orang lagi ditahan- Shanti Waytha Moorthy dan Waytha Nayagi - ketika sedang menghantar SMS mengenai kejadian itu.

Tiada ulasan: