Jumaat, 4 September 2009

Nasrudin jawab tulisan Zaid

Zukri Aksah


KUANTAN : Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menegaskan Pemuda PAS pimpinannya tidak anti hiburan sebagaimana yang digambarkan oleh Datuk Zaid Ibrahim dalam tulisannya baru-baru ini.

Apa yang dibantah oleh beliau adalah budaya leka yang dibawa oleh penyanyi dari barat berkenaan.

Zaid Ibrahim, bekas menteri ketika di dalam Umno dan baharu sahaja menyertai PKR baru-baru ini dalam tulisannya telah mempersoalkan tindakan Pemuda PAS yang mendesak supaya konsert Micheal Learns To Rock yang akan diadakan di Genting Highland dibatalkan.

Bagi Zaid PAS sepatutnya lebih menonjolkan keupayaan membuat keputusan dan mentadbir dengan lebih harmoni, lembut dan mengambil kira semua aspek kehidupan.

Ustaz Nasrudin dalam reaksi balasnya menyifatkan Zaid gagal memahami risalah yang cuba dibawa oleh Dewan Pemuda PAS. Nasrudin bertegas bahawa PAS bukan anti hiburan.

Sebaliknya, ujar Nasrudin, apa yang dibantah oleh Pemuda PAS adalah budaya leka dan alpa, cara berpakaian dan tarian yang keterlaluan, pergaulan bebas serta lagu yang lebih banyak bertemakan nafsu-nafsi.

ImageBagi Nasrudin, hiburan sepatutnya bersifat menyegar dan menyuburkan, menggembirakan hati yang sedih serta memberi kepuasan yang abadi.

Bukanlah hiburan yang menawarkan keseronokan timbul-tenggelam, malah tambah Nasrudin cara ini akan membuat jiwa terus hanyut dibuai fantasi.

Dalam kenyataannya, Nasrudin sempat menjelaskan bahawa motif utama bantahan Pemuda PAS adalah kerana penganjuran konsert tersebut dibuat dalam bulan Ramadhan.

Nasrudin mengaku yang hiburan adalah positif tetapi jika ia dibuat tanpa mengira masa, maka ia akan menjadi keterlaluan.

Nasrudin percaya bahawa apa yang ingin disampaikan oleh Pemuda PAS bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami, apalagi oleh orang seperti Zaid Ibrahim.

Nasrudin secara jelas merumuskan yang peranan beliau bersama-sama rakan pimpinan dalam Dewan Pemuda PAS adalah untuk menghidupkan jiwa anak muda dengan nilai-nilai baik dan moral, di samping beliau sendiri dan rakan pimpinan mampu memperoleh manfaat ilmu secara tidak langsung.

Dalam pada itu, janji beliau, Pemuda PAS tidaklah pula menentang hiburan secara membuta-tuli.

KOMEN PEMBACA

1. Zaid tak faham agaknya. Bulan-bulan ramadan ni Ustaz ajaklah berbuka, dan slow talk...baru dia akan faham. - Teropong Jauh, Shah Alam.

2. Syabas Ustaz Tantawi...yang benar katakan benar. - Aris, Bukit Tinggi.

3. Semoga Yang dihormati Dato' Zaid Ibrahim dan kita semua beroleh hidayah dari Allah, amin. - Hj Abdul Kadir, Nilai Perdana.

4. Sedangkan amalan yang dianjurkan oleh Islam sempena bulan puasa ini banyak lagi yang dilakukan, apatah lagi menambahkan perbuatan yang tidak mendatangkan pahala ini hendak dilakukan. - Hamizan, Selangor.

5. Inilah masanya PAS menjalankan proses tarbiyah kepada semua manusia khususnya umat islam Malaysia dan rakyat malaysia umumnya...Dah lama umat melayu nie terkeliru dengan islam sehingga orang-orang bukan islam tidak dapat mencontohi akhlak dan peribadi yang melambangkan ISLAM tu sendiri..Wallahualam. - Adnan, Ipoh.

6. Inilah cara yang betul, masing-masing tegur-menegur untuk kesejahteraan hidup kita di dunia dan akhirat. Berselisih pendapat akan sentiasa wujud, maka atas kebijaksanaan kita untuk menguraikannya. Bak kata orang tua-tua "menarik rambut di tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak". - Sik, Kedah.

7. Berkata benar walaupun pahit. Tahniah Ustaz. - Razif, Kota Bharu.

8. Bab2 agama ni jangan nak buat main2�.hukum tetap hukum. - Mail, Klang.

9.Syabas ustaz.....mgkn langkah seterusnya adalah mengajur atau menyediakan hiburan yg dimaksudkan ustaz.....dan sekaligus menjadi hiburan contoh dimalaysia ini. - Azam, Melaka.

10.Apa yg diucapkan oleh Ust Nasrudin ada kebenaran. Cuma apa yg ditegurkan oleh Dato Zaid Ibrahim adalah cara dan kaedah teguran yg terbaik. Dalam teguran kita harus jg memandang keadaan sekeliling, jgn sampai orang ramai memandang Islam itu extreme. Rakyat Malaysia mempunyai tahap pemahaman berbeza. Pendekatan harus secara halus dan bijaksana. Kita lihat shj ramai Orang di Negara Arab nampak cantik di luar. Hakikatnya bukan begitu. Bukan setakat pelaksanaan Islam SHJ yg kita tonjolkan tetapi penghayatan Islam dalam diri setiap Muslim amat jg penting. - Mr Ajiey Nice guy.

11.Masih ramai y tidak sedar bahawa hiburan2 seperti itu y biasanya dari barat adalh suatu "mind control"oleh yahudi, israel, atheis(un-god-ly) utk mgawal minda kita agr lupa Tuhan. perlu sedar ini bahaya. - Saifullah,Jerantut.

12.Islam mengutamakan kesejahteraan umat. Nilai negatif dalam masyarakat perlu tentang. Hukum Islam mesti didaulatkan. - Paksu Ki, Kedah.

13.Harus di ingat bahawa Michael Learns to Rock adalah produk dari Denmark. Saya rasa lebih baik saudara Nazrudin mengajak semua umat Islam memboikot konsert tersebut kerana golongan sasaran bukanlah seluruh rakyat Malaysia. - Badrul, Shah Alam.

14.Hiburan alternatif yang menjaga aurat ,solat, pergaulan yang memisahkan lelaki dan perempuan , berakhlah, beretika, bertatasusila tanpa unsur lucah di bernarkan seperti puisi dan teater Dinsman dan konset M.Nasir , Ramli Sarif dan Us Akhil di Kota Baharu . - Nash Ar-Rawy,Kelantan.

15.Ucapan balas seperti inilah yg sepatutnya dibuat oleh kebanyakan pimpinan PAS termasuk daripada Presiden. Banyak isu2 nasional yang ditimbulkan oleh pihak2 berkepentingan tetapi sama ada tidak diulas ataupun tidak disiarkan di media2 utama. Saya cadangkan tulisan Nasrudin ini bukan shj disiarkan di Harakahdaily tetapi di 'link' sekali di Suara Keadilan, Blog2 DAP dan media alternatif seperti Malaysiakini, Malaysiainsider, Tranungkite dsb. Jadi penyokong PR akan melihat inilah sikap keterbukaan yg ada pada pimpinan PR. Yang mana betul, sokong dan yang mana salah, tegur. - Pak Engku, Perak.

Tiada ulasan: