Jumaat, 11 September 2009

Najib enggan campur krisis MCA

Abdul Rahim Sabri


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak permintaan MCA supaya campurtangan bagi membantu menyelesaikan krisis kepimpinan yang sedang melanda parti tersebut.

Katanya, ini kerana sebahagian besar ahli MCA tidak mahu Umno campurtangan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara petang tadi.

Najib adalah presiden Umno dan pengerusi BN.

Beliau diminta mengulas laporan yang menyebut naib presiden MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha yang percaya krisis MCA boleh diselesaikan jika perdana menteri tampil memberi nasihat.

Menurut Kong, Najib telah menyuarakan kebimbangannya terhadap krisis dalaman MCA itu dan percaya nasihat darinya boleh meredakan ketegangan antara dua puak yang bertelagah.

"Jadi saya fikir, pengerusi BN boleh membantu dengan menasihatkan mereka yang terbabit demi kepentingan BN," kata Kong kepada pemberita.

Sebelum ini, Najib juga dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan campurtangan dalam keputusan parti itu memecat timbalan presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kecuali diminta menjadi orang tengah.

Krisis melanda MCA apabila Dr Chua dipecat oleh jawatankuasa disiplin pada 26 Ogos lalu berhubung skandal video seksnya.

Tiada ulasan: