Jumaat, 18 September 2009

Malaysia Today sukar diakses selepas dedah dokumen PKFZ

MALAYSIA KINI


Laman blog Malaysia Today sukar diakses dan sekaligus mencetuskan persoalan sama ada ianya ada kaitan dengan pendedahan satu kertas kabinet yang 'diklasifikasi' mengenai skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Sejak tiga hari lalu, blog tersebut telah memuatkan beberapa bahagian daripada kertas kabinet tersebut.

Dokumen yang disiarkan itu mendedahkan bagaimana projek RM12.5 bilion itu dilanda masalah.

Malaysia Today tidak dapat diakses langsung pagi ini tetapi dapat diakses semula tidak lama kemudiannya.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini pada jam 3.45 petang tadi menunjukkan blog tersebut sekali lagi tidak dapat diakses.

Ketika dihubungi, seorang pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata beliau tidak menyedari masalah tersebut.

Walaupun ia kemungkinan disebabkan oleh ramai yang cuba mengakses blog berkenaan tetapi pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang juga menimbul persoalan sama ada masalah teknikal itu ada kaitan dengan pendedahan dokumen tersebut.

Tiada ulasan: