Isnin, 14 September 2009

Kurma dan Air Zam-zam; Penyelewengan Wang Rakyat Berjuta Ringgit?


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/kurmaairzamzam.jpg- Satu Pek RM6.00 dibayar kerajaan RM22.50

MARANG – Penyelewengan berjuta ringgit wang rakyat mungkin berlaku dengan program kurma dan air zam-zam yang sebagaimana dilaporkan, diagih-agihkan kepada 300,000 penduduk negeri ini.

Penasihat Majlis Tindakan Dun (MTD) Pengkalan Berangan, Mohamad Deraman berkata kerajaan membayar RM 7.8 juta kepada Syarikat Al-Aqsa yang menjadi pembekal kedua-dua barang tersebut.

Beliau mendedahkan, harga yang dibayar oleh kerajaan itu sepatutnya jauh lebih murah kerana harga asalnya adalah hanya RM6.00 sahaja.

“Saya diberitahu oleh sumber yang rapat dengan pembekal ‘projek’ itu bahawa kerajaan negeri membayarnya dengan harga RM22.50 satu pek kurma dan air zam-zam.

“Harga asal yang sebenar termasuk dengan pembungkusan hanya sekitar RM6.00 sahaja tetapi dibayar RM22.50 satu pek,” dakwanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pemyampaian sumbangan Hari Raya kepada 110 orang penerima di kalangan fakir miskin di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan, disini baru-baru ini.

Katanya, walaupun dilaporkan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit wang untuk program kurma dan air zam-zam, namun ia tidak sampai kepada seluruh rakyat.

Pada 31 Ogos lalu, Menteri Besar Dato’ Ahmad Said menjadi ’berang’ kerana kurma dan air zam-zam tersebut tidak diserahkan oleh JKKK ke setiap rumah rakyat.

Oleh yang demikian, Ahmad berkata, beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana JKKK yang menyalahgunakan amanah yang telah diberikan.

Justeru, mengulas perkara tersebut, Mohamad Draman berkata, ketelusan pentadbiran kerajaan kini dipertikaikan kerana masih mengamalkan diskriminasi terhadap rakyat di negeri inii.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pengerusi Khairunnisa Negeri Terengganu, To’ Puan Aminah Mohamad iaitu isteri kepada Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali.

Tiada ulasan: