Sabtu, 5 September 2009

Konflik UMNO Terengganu sukar diselesaikan

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Konflik politik di Terengganu sukar untuk diselesaikan walaupun Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin menawarkan diri untuk menjadi orang tengah kerana kemelut tersebut dilihat sudah kronik dan berpanjangan.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin berkata, UMNO Terengganu seakan-akan mempunyai ‘geng’ yang tidak boleh bercampur dengan yang lain.

Menurutnya, tindakan Muhyiddin dilihat sebagai menjalankan tanggungjawab apabila berlakunya masalah dalam parti itu.

“Jika kita tengok kembali sejarah kemelut di negeri itu, ia berlarutan sehingga terbahagi kepada dua kumpulan dan sudah pasti ia mengambil masa untuk bersatu kembali.

“Setiap kali masalah timbul dalam parti, Timbalan Presiden yang turut turun padang untuk menyelesaikannya seperti sebelum ini Tun Abdullah Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Timbalan Presiden turut turun padang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahmad berkata, untuk menyatupadukan antara dua kumpulan itu adalah cabaran yang perlu ditempuhi Muhyiddin.

“Tindakan Muhyidin itu perlu apabila beliau berasakan keadaan bahaya dalam politik sekarang, jadi beliau memilih untuk bertindak. Tapi tidak semestinya beliau dapat selesaikannya dengan mudah,” katanya.

Kelmarin, Muhyiddin menyatakan kesediaannya membantu parti itu kerana mungkin masih ada beberapa perkara lain boleh diselesaikan sama ada politik atau kerajaan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pengukuhan dan perpaduan UMNO serta BN di negeri itu perlu diberi perhatian.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mustafa Ishak menyifatkan Muhyiddin di antara paling layak untuk campur tangan bagi menyelesaikan masalah parti itu.

1 ulasan:

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Biar Muhyiddin selesaikan juga masalah 'budak-budak' di Terengganu :-)



















Klik Di Bawah :-)
>>> Blog 1 Malaysia <<<