Sabtu, 5 September 2009

Komisyen Tinggi : Kapal Selam KD TAR Antara Yang Termahal

TV ANTARA



Semalam, kapal selam Scorpene yang telah ditempah oleh kerajaan dari Perancis telah pun sampai di Pelabuhan Klang. Kapal itu telah diberi nama KD Tunku Abdul Rahman bersempena dengan nama bapa kemerdekaan negara.

Sementara itu, sebuah lagi kapal selam Scorpene yang diberi nama KD Tun Razak dijangka akan tiba pada April tahun depan.

Kapal selam yang berharga US$580 juta sebuah yang dibeli oleh kerajaan adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan dua negara lain yang turut sama membeli kapal selam tersebut dengan harga yang lebih murah.

Chile membuat pembelian pada harga USD250 juta manakala India pula USD540 juta sebuah. Tiada sebarang sebab diberikan menjelaskan lonjakan kos ini, namun ramai mengesyaki bahawa pemberian komisyen mungkin antara faktor utamanya, lebih-lebih lagi apabila syarikat Perimekar Sdn Bhd dilaporkan menerima komisyen setinggi RM360 juta dari urusniaga ini.

Bagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, beliau tidak menolak kepentingan menambahbaik pertahanan negara. Namun beliau mempersoalkan mengapa kepentingan syarikat - syarikat kroni didahulukan dalam perolehan senjata negara.

“Bagi saya untuk memilikinya memang satu kewajaran untuk kita memiliki kapal selam dalam menghadapi corak peperangan laut, zaman ini yang memberi tumpuan kepada peperangan kawasan literal waters, bagi saya Malaysia melalui zon eksekutif, ia mempunyai aktiviti perlombongan minyak, gas dalam kawasan literal, 200km dari pantai negara kita ini, maknanya kita perlu kepada soal keselamatan dan pertahanan yang menggunakan keperluan kapal selam.

“Ya ini yang menjadi isu selama ini kalau kita melihatkan bahawa isu dari sudut berlakunya wujud rasuah dan dalam kes pembelian kapal selam ini. Dan ini juga isu yang dikatakan menjadikan sebab kepada kematian pembunuhan kematian ke atas gadis Mongolia iaitu Antantulya, oleh sebab itu bagi saya bahawa saya minta dan cabar pihak kerajaan supaya mengemukakan perbandingan-perbandingan jika ada tender terbuka antarabangsa yang membolehkan syarikat-syarikat daripada negara lain dan juga Scorpene mengemukakan cadangan-cadangan mereka seperti mana yang dikehendaki oleh spesifikasi yang dikehendaki oleh pihak kerajaan kita," katanya ketika dihubungi.

Di bawah kerajaan BN, kepentingan politik bercampur-baur dengan kepentingan keselamatan negara sepertimana urusniaga pembelian Eurocopter misalannya, Mahfuz berkata
kegagalan kerajaan untuk membuat pembelian berhemah menghakis kemampuan untuk menambahbaikan keselamatan negara.

Kementerian Pertahanan telah bersetuju untuk memperolehi helikopter baru daripada pengeluar-pengeluar helikopter Eropah, lantaran itu Eurocopter dipilih bagi menggantikan Nuri dengan tujuan untuk mengelak dari dipersoal nilai integriti dan ketelusan.

Eurocopter Cougar EC725 adalah satu daripada empat pesawat disenaraipendekkan oleh kerajaan untuk menggantikan helikopter Nuri. Tiga yang lain adalah Sikorsky S92,
Agusta Westland EH-101 Merlin dan Mi-17 Hip.

Timbalan Menteri Pertahanan Abu Seman Yusop menerima satu tamparan hebat daripada MP Pakatan Rakyat hari ini apabila beliau secara terbuka mengakui yang helikopter tentera yang berharga bilion ringgit tidak menjalani mana-mana pemeriksaan fizikal.

“Jadi jika mereka mendapat tawaran atau apa nama cadangan yang diberikan oleh negara-negara lain untuk menjual kapal selam kepada negara kita, jadi di situ kita dapat melihat sama ada tepat atau pun tidak nama pembelian Scorpene ini. Jadi sebab itu, kita dapat melihat sama ada tepat atau pun tidak pembelian Scorpene ini.

“Jadi sebab itu saya katakan tadi bahawa di sini perlu kepada satu penyiasatan sebab apa yang dipersoalkan selama ini ialah isu komisyen. Mungkin negara-negara lain tidak boleh memberikan tawaran komisyen yang lebih kepada mereka-mereka yang terlibat dalam urusan jual beli umpamanya, jadi sebab itu, saya rasa kita beli dengan meletakkan harga yang lebih berbanding negara lain.

“Padahal ia mungkin kapal yang sama dan menggunakan sistem yang sama kerana lebihan daripada harga yang kita belikan itu akan dipulangkan kepada orang tengah yang menjadi orang tengah dalam urusan jual beli kapal selam. Kalau orang lain membeli dengan lebih murah, dia tiada sistem itu mungkin apa nama kepatutan kepada harga yang mungkin kita beli. Tetapi kalau negara lain pun tida sistem tersebut, kita pun tiada sistem tersebut atau pun negara lain ada sistem tersebut dan kita lebih mahal, jadi ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena terhadap proses pembelian."

"Dan kita tidak boleh menafikan bahawa dalam perkara ini, kerajaan sehingga sekarang masih belum boleh menangkis dan menafikan dan membersihkan nama mereka daripada dakwaan-dakwaan yang dibuat sebelum ini ada usul pembelian dalam kes rasuah sebelum ini khususnya atas apa yang dikatakan bahawa telah diberikan kepada Razak Baginda tetapi mereka mengatakan bukan kerajaan yang beri tetapi syarikat pengeluar kapal selam yang mengeluarkan telah memberi komisien dan sebagainya, jadi ini yang perlu diperjelaskan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata kerajaan seharusnya mengemukakan tender terbuka ke atas pembelian kapal selam itu dan bukannya dibuat secara senyap dengan menggunakan orang tengah.

“Ya itu yang disebut dalam parlimen, beberapa kali yang lalu, pembelian ini bukanlah yang kita beli daripada tender terbuka maknanya senjata yang kita beli ini bukan dari kerajaanmelalui kerajaan, jadi soalan yang timbul kenapa kita harus menggunakan orang tengah sebagai perunding sedangkan yang ini ialah G to G, jadi kalau G to G, kerajaan dengan sendiriya akan membuat keputusan mengenai kos.

“Mungkin awak perlukan apa nama perunding yang paling minima untuk sesuatu level tetapi sudah pasti harganya pasti lebih jauh dari murah kerana kita tidak ada kos-kosyang lain, sebab itu kita ada bukti sepertimana Datuk Seri Anwar sebut, kita ada bukti yang jelas bahawa yang dibayar oleh kerajaan Malaysia kepada pihak tertentu mencapai ratusan juta,” katanya.

Beliau menegaskan sekiranya pembelian kapal selam Scorpene itu dibeli melalui kaedah ‘Government to Government’ (G to G), beliau menegaskan tidak akan terdapatnya kebocoran wang negara.

“Jadi, persoalannya ialah kalau ianya dilakukan melalui G to G, kita boleh save. Mungkin kerajaan dah sebut kita tak bayar komisyen, yang bayar belah sana, mungkin belah Peranchis tapi soalnya sebelah mana pun tidak peduli, soalnya duit komisyen itu telah pun dianggap sebagai satu faktor, sebabnya kalau G to G, komisyen itu tidak akan menjadi satu faktor. Dengan sendirinya kita akan mendapat menyelamatkan berapa ratus juta ringgit,” katanya.

Tiada ulasan: