Rabu, 9 September 2009

Kerajaan Negeri Fail Saman Dalam Kamar Kepada Peguam Negara

TV SELANGOR


Kerajaan Negeri menfailkan Saman Dalam Kamar untuk membatalkan permohonan peguam Negara yang menentang pengeluaran pekeliling No.4 bertarikh 22Julai 2009.

Saman berkenaan dikemukakan oleh peguam yang mewakili beliau di mahkamah tinggi shah alam, semalam.

Pekeliling itu menyatakan bahawa siasatan atau soal siasat oleh SPRM membabitkan kakitangan kerajaan harus dijalankan di antara jam 8 pagi sehingga 6.30 petang dengan kehadiran peguam di Bangunan SUK.

Ini adalah untuk memberi jaminan perlindungan keselamatan kepada 18,312 pegawai dan kakitangan Negeri Selangor.

Selain mengelakkan kejadian yang menimpa Setiausaha Politik Exco Selangor Ean Yong Hian Wah,Teoh Beng Hock, kerajaan negeri mendapati siasatan sering dijalankan secara mengejut dan melewati tengah malam.

“Siasatan yang dijalankan akan dibuat secara mengejut tanpa mengira masa,sehingga ada yang melewati tengah malam dan keesokkan harinya. Malah saya juga telah memperincikan bagaimana siasatan SPRM telah dilakukan secra rambang sehingga kerapkali berlaku pemancingan bukti semata mata," katanya.

Tan Sri Khalid turut menyenaraikan kes kes penyiasatan dan soal siasat yang telah dilakukan oleh SPRM di semua peringkat bermula dengan beliau sebagai Menteri Besar,Pegawai Kewangan Selangor,pekerja pekerja di pejabat Menteri Besar,Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MKKN) dan pembntu mereka,Ahli Dewan Negeri Selangor,kakitangan awam Pejabat Tanah dan Daerah dan Majlis Perbandaran Negeri dan kakitangan Syarikat Syarikat negeri dan anak anak syarikatnya.

Walaubagaimanapun,peguam Negara telah menfailkan saman pemula bagi membatalkan pekeliling itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28Ogos 2009.

Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di SUK berkata,kerajaan negeri berpendapat Peguam Negara tiada locus standi atau hak untuk memulakan prosiding yang sepatutnya dimulakan SPRM.

“Kami menyatakan bahawa Seksyen 30 akta SPRM yang membenarkan para pegawai SPRM menyoal siasat pada bila bila masa dengan menggunakan apa cara sekaligus perlu dilaksanakan dengan mengambil kira hak hak di bawah Perlembagaan dengan pendekatan penyiasatan yang professional.Didalam kes ini hak asasi telah disampingkan dan berlaku perlanggaran hak kebebasan hak asasi atau kebebasan diri yang diperuntukkan dalam perkara 5(1)Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Menurutnya lagi,Akta SPRM itu bukan sahaja melanggar hak individu yang ditahan untuk disoal siasat SPRM, tetapi juga merupakan satu diskriminasi terhadap Kerajaan Negeri Selangor berbanding kes kes di negeri lain di Malaysia.

“Oleh itu,kami juga berpendirian bahawa peruntukan tersebut adalah tidak konsisten dengan perlindungan Kesamarataan dalam Perkara 8(1)Perlembagaan Persekutuan dan merupakan satu bentuk diskriminasi kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam perkara 8(2) dalam Perlembagaan persekutuan," katanya.

Tiada ulasan: