Selasa, 1 September 2009

Kedah bah, hampir 500 pindah

MALAYSIA KINI


Sebanyak 494 orang penduduk di tiga buah kawasan di Yan masih lagi ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir walaupun paras air di kawasan terbabit telah menurun sejak pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Hasnida Abdul Halim berkata Kampung Teroi Bukit, Kampung Titi Teras dan Kampung Sungai Malai masih digenangi air sedalam kira-kira empat meter.

Katanya, walaupun keadaan banjir semakin surut, namun semua keluarga tidak dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing lagi kerana rumah mereka masih ditenggelami air.

Setakat ini tiada penduduk baru dipindahkan dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Di Langkawi, anggota parlimen Langkawi Datuk Paduka Abu Bakar Taib berkata, sebuah Jawatankuasa bertindak banjir akan ditubuhkan bagi membantu Jawatankuasa Bencana Alam Daerah mempercepatkan penyampaian bantuan kepada mangsa banjir.

Langkawi dilanda banjir kali kedua membabitkan 1,347 orang dari 275 keluarga dari Mukim Kedawang, Padang Matsirat dan Ulu Melaka sejak Khamis lepas dan kebanyakan mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai semalam. BERNAMA

Tiada ulasan: