Sabtu, 5 September 2009

Isu kuil: MB Selangor mula sesi dialog bersama penduduk Seksyen 23

MSTAR ONLINE


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memulakan siri dialognya bersama penduduk Seksyen 23 untuk menyelesaikan isu penempatan semula sebuah kuil Hindu daripada Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Khalid mengadakan sesi dialog berkenaan menjelaskan untuk penduduk sebab untuk penempatan semula kuil berkenaan dan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dalam isu tersebut.

Beliau berkata, penjelasan perlu dibuat kerana Datuk Bandar Shah Alam telah gagal mendengar bantahan yang dilakukan oleh sebahagian penduduk yang tidak bersetuju dengan penempatan semula kuil berkenaan ke tempat mereka.

Sesi dialog tersebut diadakan ekoran bantahan yang dilakukan oleh penduduk Seksyen 23 Jumaat lalu terhadap tindakan kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat memindahkan sebuah kuil Hindu berusia 150 tahun yang terletak di Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka yang mana majoriti penduduknya beragama Islam.

Ekoran tiada jaminan daripada kerajaan negeri untuk membatalkan cadangan itu, kira-kira 200 penduduk bertindak mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat pada 28 Ogos lalu bagi menyatakan bantahan mereka.

Keadaan bagaimanapun bertukar kecoh sera menjadi kontroversi apabila ada di kalangan mereka yang menyertai perhimpunan itu membawa kepala lembu ketika berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.

Tiada ulasan: