Isnin, 14 September 2009

FAMA buka 95 Pasar Tani Pra Syawal

BERNAMA


SHAH ALAM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengadakan 95 Pasar Tani Khas Pra Syawal bagi memudahkan orang ramai mendapatkan barangan keperluan mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara bermula 17 sehingga 19 September ini.

FAMA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, pasar tani ini bagi memberi peluang orang ramai mendapatkan bekalan persediaan Aidilfitri pada harga yang berpatutan dan beberapa barangan kawalan akan dijual di bawah harga siling.

Antara barang kawalan yang dijual di bawah harga siling ialah cili merah, kubis bulat, tomato dan kelapa biji. Menurut FAMA setakat Ogos lepas, nilai jualan daripada 339 pasar tani di seluruh negara yang melibatkan 15,910 peserta mencecah RM320 juta dan sasaran jualan tahun ini adalah RM500 juta.

Tiada ulasan: