Rabu, 16 September 2009

EGM MCA mungkin 10 Oktober

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA yang tunggal untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi parti berikutan pemecatan timbalan presiden, Dr Chua Soi Lek bulan lepas dikatakan telah ditetapkan pada 10 Oktober ini.

Sumbersumber memberitahu tarikh 10:10 itu dipilih kerana ia dianggap angka yang baik yang akan turut menentukan masa depan politik presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat.

Ong yang juga Menteri Pengangkutan dijangka menghadapi usul undi tidak percaya pada EGM itu selepas beliau bersetuju menerima semua lima usul yang dikemukakan oleh penyokong Dr Chua untuk dibahaskan pada mesyuarat agung luar biasa itu kelak.

Setiausaha agung parti Datuk Wong Foon Meng yang dijadual mengumumkan tarikh EGM itu esok, tidak mahu menafi atau mengiyakan bahawa tarikh 10 Oktober telah dipilih sebagai tarik EGM tersebut.

"Tunggu pengumuman hari ini. Semuanya akan diketahui masa itu," katanya ketika dihubungi.

Tarikh 10 Ogos juga merupakan tarikh akhir untuk EGM itu diadakan hasil tuntutan yang dikemukakan oleh penyokong Dr Chua pada 11 Sept lalu, yang mana mengikut perlembagaan parti, EGM perlu diadakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia dikemukakan.

Tarikh tersebut juga hampir dengan perhimpunan agung tahunan (AGM) MCA yang dijadual diadakan pada 11 Okt, tetapi sehingga kini tidak diketahui sama ada ia akan ditangguh.

Namun sumber parti berkata AGM akan datang mungkin ditangguh kerana ia jatuh pada hari pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Penagguhan AGM dijangka dibincang semasa mesyuarat jawatankuasa pusat parti (CC) Sabtu ini.

Sebagai tambahan, CC juga dijangka membincangkan pemecatan Dr Chua di mana ia mempunyai kuasa menyanggah keputusan tersebut dengan majoriti dua pertiga.

Namun penganalisis politik dan sumber dalaman parti percaya Dr Chua tidak akan membuat rayuan terhadap pemecatannya kerana majoriti anggota CC dipercayai menyebelahi pesiden parti dan oleh itu peluang untuk keputusan tersebut diterbalikkan adalah tipis semasa mesyuarat tersebut.

Tempoh rayuan 14 hari Dr Chua akan berakhir esok selepas beliau mengesahkan menerima surat pemecatan pada 2 September.

Pada 26 Ogos lalu, di bawah cadangan jawatankuasa disiplin MCA, majlis presiden parti secara sebulat suara bersetuju untuk memecat Dr Chua daripada parti kerana terbabit dalam skandal seks seperti yang tersiar dalam DVD.

Tiada ulasan: