Ahad, 6 September 2009

DUN Bagan Pinang: MT Umno bincang persiapan minggu depan

BERNAMA


PUTRAJAYA: Persiapan menghadapi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan, akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 11 September ini.

Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau yakin UMNO mampu mempertahankan kerusi tersebut berikutan kematian wakil rakyatnya Azman Mohd Noor kelmarin.

"Pilihan calon BN untuk kerusi itu diserahkan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program salam Ramadan di sini semalam.

Azman, 55, meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban petang semalam akibat jangkitan dalam darah.

Dalam perkembangan lain, Tengku Mansor berkata beliau berharap MCA dapat menyelesaikan masalah dalamannya dengan segera kerana apaapa masalah yang dihadapi oleh parti komponen BN itu akan turut menjejaskan BN secara keseluruhan.

Tiada ulasan: