Ahad, 6 September 2009

DUN Bagan Pinang: Mohd Hassan serah kepada Umno bahagian pilih calon

BERNAMA


PORT DICKSON: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyerahkan kepada Umno Bahagian Telok Kemang untuk memilih calon yang sesuai bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata beliau telah berbincang dengan Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan meminta mereka berunding pada peringkat bahagian sebelum menyenaraikan nama calon terbaik yang akan dikemukakan kepada pemimpin peringkat pusat.

"Kita mahu pilih calon terbaik yang mewakili parti. Dalam hubungan itu, yang pentingnya ialah calon yang dipilih nanti mendapat persetujuan dan juga mendapat sokongan jentera bahagian itu sendiri. Ini kerana kita tidak mahu nanti calon ini disabotaj oleh bahagian pulak.

"Maknanya kalau jentera bahagian itu sudah bersetuju tentang pemilihan calon dalam rundingan mereka masingmasing, ini akan melambangkan kehendak akar umbi. Dalam apaapa saja pilihan raya kita kena menghormati parti.....jadi, parti di peringkat bahagian ini perlu mengambil kira apa juga aspek tentang caloncalon yang hendak dikemukakan untuk diberikan pertimbangan oleh pemimpin peringkat pusat," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau sebelum itu menyampaikan bantuan Hari Raya kepada fakir miskin dan bantuan tahunan 22 buah masjid daerah Port Dickson.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang daripada Barisan Nasional (BN), Azman Mohammad Noor, 54, meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban pada pukul 2.30 petang semalam.

Ekoran kekosongan kerusi itu, satu pilihan raya kecil dijangka diadakan dalam tempoh 60 hari untuk memilih wakil rakyat baru.

Mohamad berkata jentera pilihan raya parti sudah mula digerakkan di peringkat bahagian setelah berbincang dengan Mohd Isa kelmarin.

"Yang penting bahagian. Dalam manamana pilihan raya kecil, bahagian mesti mantap.....jentera bahagian termasuk jentera wanita, pemuda dan puteri mesti bersamasama sebagai satu pasukan yang mantap. Jika ini mantap, tiada masalah....ini kadangkadang terdapat jentera itu sendiri tempang....kita nak buat macam mana.

"Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan pula akan menubuhkan jenteranya dan juga jentera Barisan Nasional (BN) di peringkat perhubungan dan kita akan mengagihkan serta selaraskan tugas masing-masing," katanya.

Tiada ulasan: