Jumaat, 18 September 2009

Cerita F1 seperti ayam bertelutkan itik

Oleh ibnu_omar


Kerajaan akan menubuhkan pasukan F1 yang terdiri daripada pemandu, jurutera, orang pit stop dan semunya dari orang Malaysia. Enjin yang digunakan adalah dari kerjasama jurutera proton dan lotus. Habis pembangkang marah. Adun N45 kata ianya membazir. Tapi menteri kewangan kata tidak mengapa.

Beliau kata peruntukan ambil daripada proton dan dia pun tahu kewangan Negara. Maklumlah dia menteri kewangan.

Tujuan ditubuhkan pasukan F1 ini katanya sebab mahu memasarkan nama Proton ke mata dunia dan juga akan menarik pelabur dari luar Negara lalu akan mensohorkan nama 1Malaysia.

Bila den putar sejarah kembali, apa sudah jadi dengan petronas yang taja BMW dulu itu. Tidak cukup lagi ke nak menyohorkan segala 1Malaysia dia itu. Mungkin sebab lambang petronas tidak cukup besar di sisi kereta BMW itu kot. Lagipun pasukan BMW sekarang ini jarang jadi juara seperti dulu.

Adatnya, tidak ramai orang tengok kereta yang kalah. Oleh itu tidak ternampaklah lambang petronas itu. Jadi itulah sebabnya dibuat pasukan 1Malaysia. Mahu kalahkan BMW.

Tapi den tengok kereta BMW dengan kereta proton macam harimau dengan semut sahaja di jalan mahupun lebuhraya. Hm.. Ikut kamulah Najib.

Lepas ini semakin banyaklah wang negara habis ke F1 ini. Petronas, Proton, duit rakyat semua dikambinghitam untuk benda alah ini. Tidak lama lagi siapa pula yang akan jadi mangsa peruntukan F1 ini. Rasanya hendak membangunkan pasukan F1 ini bukan mudah.

Kalau kalah selalu macam Minardi dulu itu bankrupt lah pengakhirannya. Inikan pula Malaysia. Seingat den enjin Malaysia tidak pernah capai prestasi bagus. Kembara yang den bawa bila sampai 120km/j stering dia bergegar macam kiamat sudah tidak lama. Proton Saga yang den bawa kuasa tujahan sangat rendah. Kalau bawa laju tidak tahulah jadi macam mana. Airasia pun turut sama menyertai program ini. Apa mereka mahu guna enjin kapal terbangkah dalam F1 ini.

Takut niat asal ingin memulikan Malaysia bertukar jadi malu bila tengok kereta F1 Malaysia terbang sebab guna enjin AirAsia. Habis menyorok Najib dan konconya di sebalik bengkel nanti kalau jadi macam itu.

Yang rakyatnya tebal muka tahan malu dek kejadah pelik Perdana Menterinya. Sudahlah naikkan harga minyak lepas itu gilakan wanita Mongolia pula.

Satu lagi, Alex Yong itu, satu satunya rakyat Malaysia yang pernah memandu F1 akhirnya kecundang juga dari karier F1. Tiap kali bawa kereta F1 memang payah nampak namanya dalam list yang berjaya sampai ke garis penamat. Selalunya mesti terbabas. Kalau tidak terbabas tertonggeng. Samalah semua itu.

Kejayaan paling gemilang yang boleh buat akhbar perdana gembira dan kecoh adalah bila dia dapat sampai ke garis penamat walaupun yang terakhir. Siap boleh diwawancara lagi tu. Bukan wawancara sahaja tapi jadi model iklan lagi . Iklan itu mungkin sebab dia ada wajah kot. Tidak mengapalah. Kita ketepikanlah faktor itu. Itulah kehebatan pemandu dari Malaysia yang kini sedang kembali bertaubat ke karier F3 dia semula.

Den fikir semula, bilalah PM 1Malaysia kita ini mahu berhenti buat lawak. Kesian tengok Negara den diperbodoh tukang karut ini. Malu juga den nak beritahu nama PM dekat orang luar sana.

Nanti orang luar sana buat carian dalam google keluar tajuk pelik – pelik tentang PM den. Akhir sekali yang den rasa penting juga mahu cakap. 1Malaysia ini pasukan baru. Selalunya pasukan baru ini selalu kemalangan.

Banyaklah duit habis untuk baiki kereta macam ini. Maka bertambahlah duit digunakan. Lepas itu si 1Malaysia itu carilah syarikat yang dia boleh minta sumbangan. Siapalah mangsa tipu dia lepas ini rasanya. Nasib baik den tidak buka kedai atau syarikat kereta. Banyak lagi den ingin beritahu ini.

Ini yang terakhir mungkin. Bila kereta selalu kalah nanti orang luar pandang rendah akan kemampuan syarikat yang mengelolakannya. Sinilah yang den risau.

Niatnya ingin memasarkan Malaysia. Tapi bila orang luar tengok pencapaian kereta itu teruk maka tidak terlaburlah duit mereka ke perniagaan itu. Hm.. Mungkin itu maskud pencapain diutamakan kot. Fikir den sehingga terlena. Malas sungguh melayan kerenah Mat Mongol ini.

http://mutiarapermata.wordpress.com

Tiada ulasan: