Sabtu, 19 September 2009

Bekalan Minyak Cukup Sepanjang Musim Perayaan

BERNAMA


PUTRAJAYA -- Syarikat pengeluar minyak telah menempatkan lori tangki di beberapa tempat tertentu sekiranya wujud masalah kehabisan stok bekalan minyak di stesen sempena musim perayaan Aidilfitri.

Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata syarikat tersebut telah memaklumkan kepada pihaknya bahawa mereka bersedia menghantar bekalan jika terdapat permintaan berlebihan.

Bagaimanapun, katanya, syarikat pengeluar minyak telah menambah bekalan yang mencukupi di semua semua stesen akibat permintaan berlebihan semasa musim perayaan.

"Lori tangki minyak disediakan oleh syarikat pengeluar untuk dihantar jika mana-mana stesen menghadapi masalah kekurangan bekalan," katanya pada sidang akhbar di sini pada hari Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Mohd Zain berkata mengikut perangkaan syarikat gas dan minyak, sehingga 85 peratus pemilik kenderaan di Semenanjung Malaysia telah beralih menggunakan minyak petrol RON95 daripada RON97.

Mengenai aduan pengguna mengenai kesan buruk akibat peralihan penggunaan minyak petrol daripada RON97 kepada RON95, kata bilangan aduan adalah kecil iaitu kurang daripada 100 aduan setakat ini.

Katanya pakar teknikal dari pelbagai syarikat minyak dan gas telah memaklumkan bahawa penggunaan minyak petrol RON95 adalah sesuai untuk 95 peratus kereta di negara ini.

Tiada ulasan: