Isnin, 7 September 2009

BAGAN PINANG YANG MENARIK PERHATIAN

Oleh: notan

"Assalammualaikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan. Kuasa ALLAH mengatasi segala galanya.Siapa sangka hanya selepas beberapa minggu sahaja selesai PRK Permatang Pasir, tiba tiba negara dikejutkan lagi dengan PRK yang bakal tiba.

Kini tiba giliran Bagan Pinang, di Negeri Sembilan yang sebelum ini merupakan kubu kuat BN.Sekaligus ianya pasti menjadi cabaran yang getir kepada PR khususnya PAS yang langsung tidak mempunyai peluang di Negeri Sembilan selama ini.

Bagan Pinang ditakdirkan ALLAH untuk diadakan pilihanraya semula berikutan perginya ADUNnya menemui ALLAH.SPR tidak mempunyai alasan untuk menidakkan pilihanraya tersebut.Jadi nampaknya pertembungan BN dan PR diteruskan di Bagan Pinang.Kalau sebelum ini pertembungan berlaku di kawasan yang diwakili PR, kini pertembungan akan berlaku di kawasan BN.

Pertembungan yang menarik dan dinanti nantikan selama ini.Mungkin sebelum ini ada penyokong PR berdoa agar ada kawasan BN kosong.Sebelum ini dua kemungkinan kerusi BN kosong di Kedah tidak menjadi kenyataan kerana yang dihakimi bangkrap nampaknya berjaya membayar hutangnya dan yang ponteng sidang diselamatkan oleh SPR yang tidak punya kuasa mentakrif undang undang.Begitu juga di Perak, tiga kerusi sikatak tidak jadi dikosongkan kerana kelicikan SPR menipu rakyat.

Tidak kurang juga yang berharap agar ada kerusi di DUN Perak yang dikuasai BN kosong kerana ramai yang tidak sabar untuk berpilihan raya di Perak.Teorinya cukup mudah sekali, hanya 3 pilihanraya yang perlu dimenangi PR untuk mengambil balik Perak tanpa perlu bimbang lagi campurtangan Sultan.Oleh itu ramai penyokong PR berharap ada paling kurang tiga kerusi DUN Perak yang dikuasai BN kosong.

Tetapi kuasa ALLAH mengatasi segala galanya.Yang kosong bukan di Perak tetapi di Negeri Sembilan, negeri yang sebelum ini cukup terkenal sebagai pendokong kuat BN.

PAS sebagai sebuah wadah perjuangan cukup sukar menembusi Negeri Sembilan sebelum ini, namun kedudukan terakhir menyaksikan PAS sudah mula bertapak dan berkembang pesat di Negeri Sembilan apatah lagi dengan sokongan yang diterima dari PKR dan DAP.Untuk itu, PAS ada peluang yang cerah untuk merampas kerusi Bagan Pinang ini seperti kerusi Kuala Terengganu dulu.

Peluang yang datang mungkin anugarah ALLAH yang tidak seharusnya dipersia siakan oleh PAS dan PR.Negeri Sembilan juga seperti Perak, BN cuma ada kelebihan 3 kerusi di DUN, oleh itu sekiranya PAS dan PR berjaya di bagan Pinang maka kelebihan ini akan tinggal dua.

Dan mana tahu dengan kehendak dan kuasa ALLAH selepas ini ada tiga lagi kerusi DUN BN yang kosong atas sebab yang sama, sebab yang tidak boleh diputarbelitkan oleh SPR.Dan mana tahu dengan kehendak dan kuasa ALLAH juga, PR menang kesemua kerusi tersebut.Satu khalayan yang mungkin membawa Negeri Sembilan kepada PR dengan komposisi kerusi yang hampir sama dengan Perak.

Orang orang BN mungkin boleh pandang ringan dengan khayalan ini, tetapi ingat ALLAH maha berkuasa atas segala galanya dan kepada ADUN BN, jangan abaikan kemungkinan ini, doa rakyat agar anda sekelian dimatikan untuk diadakan pilihanraya semula.Ingat risiko ini sebelum anda semua berkata apa apa.

Tiada ulasan: