Isnin, 24 Ogos 2009

Tindakan ke atas Gobalakrishnan

Oleh NURUL HUDA HASSAN


BUKIT MERTAJAM - Anggota polis yang dikasari semasa penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir menimbang untuk mengambil tindakan undang- undang terhadap Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan undang-undang itu akan dilakukan secara peribadi dan beliau sememangnya mempunyai hak untuk berbuat demikian.

''Beliau (polis) juga seperti orang biasa dan mempunyai hak untuk berbuat demikian. Jadi terpulanglah kepadanya untuk mengambil tindakan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Bukit Indera Muda di sini, hari ini.

Gobalakrishnan ditahan polis bagi membantu siasatan selepas mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Isnin lalu.

Ahli Parlimen itu bertindak mengasari anggota polis berkenaan yang cuba meleraikan kekecohan kira-kira pukul 11 pagi ketika proses penamaan calon sedang berlangsung.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, polis akan menyiasat dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh yang menyatakan tindakan Gobalakrishnan pada hari tersebut didalangi oleh pihak tertentu.

"Kita akan kumpul maklumat berhubung perkara berkenaan dan akan siasat secara terperinci," katanya.

Tiada ulasan: