Rabu, 12 Ogos 2009

Tambang bas raya ikut kadar baru

MY METRO


PUTRAJAYA: Harga tiket bas ekspres pada musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi, ditetapkan mengikut kadar tambang baru iaitu 8.5 sen bagi setiap kilometer (km) seperti diluluskan kerajaan pada 1 Ogos lalu.

Caj tambahan RM3 turut dibenarkan bagi setiap tiket bas ekspres tambahan, kata Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Halimah Mohamed Sadique .

Beliau berkata, LPKP akan mengeluarkan Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi memastikan bas ekspres mencukupi untuk menampung keperluan orang ramai.

“Permohonan LPS dibuka mulai 22 Ogos hingga 18 Sept depan dan sah tujuh hari sebelum dan tujuh hari selepas Hari Raya Puasa iaitu dari 13 hingga 28 September,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Halimah berkata, LPKP akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat gagal menyediakan bas saat akhir dan yang menjual tiket melebihi kadar tambang semasa.

Tiada ulasan: