Jumaat, 14 Ogos 2009

Shah Rukh Khan rai Ali Rustam di India

Shah Rukh Khan berdiri di kerusinya untuk memperkenalkan
diri semasa makan malam Yayasan Kebajikan Athlet
Kebangsaan baru-baru ini. Memerhatikan (dua dari kiri)
ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. -foto
THE STAR oleh IBRAHIM MOHTAR

HYDERABAD: Superstar Bollywood Datuk Shah Rukh Khan telah meraikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Mumbai Isnin lalu.

"Saya makan malam di rumahnya. Beliau hidang masakan India terbaik termasuk briyani and thosai. Boleh saya katakan, masakan Malaysia kurang 20 peratus sedap daripada masakan asli India," kata Mohd Ali kepada pemberita semasa berkunjung ke Hyderabad.

Mohd Ali dan ahli rombongan kecilnya berada kira-kira dua jam di rumah besar Shah Rukh di Banjara Hills di Mumbai.

Beliau berkata Shah Rukh turut bersetuju untuk melakukan satu atau dua penggambaran filem untuk filem terbarunya bertajuk Happy New Year di Melaka lewat tahun ini.

Filem ini diarah sendiri Shah Rukh dan isterinya Gauri Khan. Shah Rukh Khan menerima gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka akhir tahun lalu.

Semasa di sini, Shah Rukh dan Mohd Ali juga berbincang untuk menubuhkan studio filem di Melaka bagi membangunkan bakat untuk industri filem Malaysia.

"Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang lakonan dan pengeluaran filem. Beliau telah memberi persetujuan, kita berharap beliau dapat memberi syarahan dan berkongsi pengetahuan dengan kita," kata Mohd Ali.

Dua filem Shah Rukh "One Two Ka Four" dan "Don" dibuat penggambaran di Melaka.

Tiada ulasan: