Isnin, 10 Ogos 2009

Sedia Di Soal Siasat :Rodziah

TV SELANGOR


Saya bersedia untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada bila-bila masa sahaja, kata Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.

Beliau berkata, tiada apa yang ingin diselindungkan, berhubung peruntukan DUN angkatnya, Sementa berjumlah 375 ribu ringgit seperti yang didakwa pihak tertentu.

“Saya sentiasa bersedia insyaallah, kita jelas apa kes dia nak siasat saya, tapi jika berkenaan peruntukan DUN saya sentiasa bersedia pada saya ini adalah tangungjawab saya untuk pastikan peruntukan dun itu sampai ini menjadi amalan urus tadbir kita, bahawa kita perlu telus, jelas, pemberian itu diberikan,” jelasnya.

Rodiah diminta mengulas tindakan pegawai SPRM yang menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN Sementa, dua hari lalu.

Kelmarin, pegawai khasnya, Saadon Mohar , dibawa oleh SPRM ke Pajabat Tanah dan Daerah Klang bagi mendapatkan beberapa dokumen pembayaran yang dilakukan, tahun lalu.

Difahamkan, SPRM menjalankan siasatan itu selepas Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) melaporkan dakwaan terdapat salah guna peruntukan DUN

Rodziah berkata, peruntukan DUN angkatnya itu digunakan untuk membiayai pelbagai projek pembangunan dan program rakyat.

“Peruntukan itu jelas pembahagiannya ada juga program surau masjid perlu perutukan tambahan, bagi saya jika saya telus memberi mereka juga mesti beritahu apa yang mereka buat, yang penting peruntukan itu sampai kepada masyarakat,” katanya.

Tiada ulasan: