Isnin, 17 Ogos 2009

Saya okey – Muhyiddin

UTUSAN ONLINE


KOTA KINABALU – ‘‘Saya okey, tiada masalah dan tidak terkejut,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menceritakan pengalaman apabila helikopter yang dinaikinya terpaksa melakukan pendaratan tidak dijadual di Tuaran hari ini.

Helikopter Nuri yang membawa Timbalan Perdana Menteri dan 14 yang lain melakukan pendaratan tidak dijadual di Impian Jadi Resort, Tuaran akibat cuaca buruk.

Muhyiddin dalam perjalanan dari Kudat ke Kota Kinabalu untuk merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Penampang.

‘‘Saya lega kita ada juruterbang yang bagus yang merasakan adalah tidak wajar untuk meneruskan penerbangan ke Kota Kinabalu kerana cuaca buruk.

‘‘Jadi kita mendarat di Tuaran. Tiada perkara pelik berlaku. Dia (juruterbang) telah melakukan perkara yang betul,” katanya pada sidang akhbar di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini selepas mengakhiri lawatan sehari ke Sabah.

Kelewatan akibat cuaca buruk itu memaksa Timbalan Perdana Menteri membatalkan rancangan merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Penampang.

Tiada ulasan: