Jumaat, 28 Ogos 2009

Saksi SPRM: Teoh minta air pukul 4.45 pagi

Ashraf: Mendiang dilihat baring di atas sofa pejabat SPRM Selangor

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


SHAH ALAM: Prosiding inkues kes kematian Teoh Beng Hock pagi ini dimaklumkan bahawa mendiang masih berada di ruang tamu siasatan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sehingga pukul 4.45 pagi hari dia ditemui mati.

Perkara ini dimaklumkan oleh saksi yang ke-19, Penolong Penguasa SPRM Mohd. Ashraf Mohd. Yunus semasa memberi keterangan hari ini.

Jelas Mohd. Ashraf, beliau nampak Teoh baring di sofa kira-kira pukul 4.45 pagi hari kejadian.

Menurut Mohd. Ashraf, mendiang juga ada meminta air daripadanya semasa beliau hendak keluar pejabat.

Beliau menambah, ketika itu Ashraf kelihatan hanya baring di sofa, bukannya tidur.

Kemudian beliau turun ke lobi pada pukul 5.12 pagi.

Pada mulanya, Mohd. Ashraf berkata, beliau tidak pernah keluar dari pejabat.

Bagaimanapun rakaman CCTV menunjukkan beliau ada turun ke bawa pada pukul 2.50 pagi.

Ketika itu Mohd. Ashraf menjawab bahawa terlupa yang beliau memang ada turun untuk mengambil surat khabar.

Tiada ulasan: