Jumaat, 7 Ogos 2009

Rodziah nafi serbuan berkait penyelewengan

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM – Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail menafikan serbuan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke pejabatnya kelmarin bagi tujuan menyiasat penyalahgunaan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM375,000 melibatkannya.

Menurutnya, SPRM datang berjumpa dengan pegawai khasnya dan bertanyakan beberapa perkara lain tetapi soal siasat tidak dapat dijalankan berikutan tiada notis yang dikeluarkan.

“Saya tidak menerima sebarang notis daripada SPRM untuk menjalankan siasatan di pejabat saya dan hanya mengetahui kehadiran SPRM ketika sedang menghadiri mesyuarat Exco melalui panggilan telefon oleh pegawai khas,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya, di SUK Selangor di sini semalam.

Sementara itu, pengarah siasatannya, Datuk Syukri Abdull dalam satu kenyataan ringkas yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian mengesahkan kedatangan pegawainya ke pejabat Rodziah bagi menyerahkan notis penyerahan dokumen berhubung lapo-ran yang dilaporkan Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) 30 Julai lalu.

Gerak menyerahkan satu dokumen 17 halaman itu melalui pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunos kepada pegawai penyiasat SPRM di pejabat suruhanjaya itu dekat sini.

Dalam perkembangan lain, Rodziah memberitahu dakwaan dua orang Exco Kerajaan Negeri ditahan oleh SPRM untuk siasatan adalah tidak benar dan isu itu sengaja disensasikan oleh pihak tertentu.

“Perkara ini adalah satu konspirasi yang dirancang oleh pihak tertentu untuk menjadikannya lebih sensasi. Setiap ahli politik sentiasa terdedah dengan khabar angin,” katanya

Menurut beliau, pe-runtukan Kerajaan Negeri pada tahun lalu adalah sebanyak RM375,000 dan pada tahun ini sebanyak RM500,000 serta peruntu-kan tambahan sebanyak RM100,000 sebagai Ahli Dewan Negeri (ADUN) dan peruntukan Kerajaan Negeri yang terkumpul adalah sebanyak RM1.5 juta.

“Peruntukan Kerajaan Negeri bukan mudah untuk dikeluarkan kerana ia akan ditapis oleh Majlis Daerah,” katanya.

Katanya, beliau tidak takut sekiranya disiasat SPRM dan tidak akan menghalang mereka kerana itu langkah yang perlu dijalankan bagi mencari penyelesaian.

Tiada ulasan: