Sabtu, 22 Ogos 2009

Rancangan dan pelan pembangunan PAS buat rakyat, pintas dakwaan Khairy

Ditulis oleh Te@M I.T


PERMATANG PASIR - Perkara pertama yang akan dibuat oleh Ustaz Salleh ialah meminta Majlis Agama Islam bersama kerajaan Negeri membuat penilaian semula terhadap kadar sewa rumah-rumah kedai yang masih mengikut taksiran lama, iaitu taksiran sebelum daripada pembatalan akta kawalan sewa.

Demikian respon Pengarah Pilihanraya PAS Permatang Pasir, Dato' Mahfuz Omar berhubung persoalan yang dibangkitkan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhubung tiada sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang di Permatang Pasir itu.

Kata Mahfuz, Akta kawalan sewa mengawal semua perubahan sewa yang mensyaratkan perubahan kadar sewa hanya dengan persetujuan tuan yang menyewa.

Contohnya kadar sewa ini di area Masjid Kapitan Keling, di mana kadar sewa bangunan wakaf yang dimiliki Majlis Agama Islam Pulau Pinang di situ hanya sekitar RM 20 dan RM 30 setahun.

Majlis Agama Islam Pulau Pinang mengambil masa yang begitu lama untuk meminta kerajaan menghapuskan akta kawalan sewa.

"Walaupun telah dimansuhkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang di kawal oleh UMNO ini masih gagal untuk menilai semula kadar-kadar sewa di tanah-tanah tersebut," tegas Mahfuz.

"Bagi saya, ini sepatutnya menjadi sumber kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang supaya boleh menggunakan daripada sumber ini untuk membangunkan ekonomi umat Islam khususnya umat Islam yang berada di kawasan tengah-tengah bandar di pulau Pinang.

Mahfuz yakin Ustaz Salleh akan memainkan peranan yang sangat penting dan percaya komitmen daripada Kerajaan Negeri sangat baik terhadap kepentingan-kepentingan umat Islam seperti yang disebut pernah disebut sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa beliau sangat prihatin dengan masalah umat Islam di negeri tersebut.

Contoh apa yang akan dilakukan oleh Ustaz Salleh ialah bagaimana tanah wakaf itu akan dibangunkan menlalui sektor perumahan yang bukan dijual kepada umat Islam tetapi disewa untuk mengimbangi kembali taburan penduduk di bandar-bandar di Pulau Pinang ini, selain mengekalkan status wakaf tanah tersebut.

Ustaz Salleh Man juga menurut Mahfuz akan turut memperjuangakan nasib kaum lain bagi memastikan keharmonian kaum di negeri Pulau Pinang kerana PAS menganggap semua kaum di negara ini perlu hidup dalam satu keluarga.

Masyarakat juga perlu mengelak di pecah belahkan oleh sentimen-sentimen perkauman sempit seperti yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional sebelum ini.

Mahfuz berkata semua agenda ini juga pernah dibawa oleh Allayarham Datuk Hamdan sebelum ini.

Ustaz Salleh Man juga dimaklumkan akan pertahankan tanah pertanian dan perjuang kebajikan orang Islam di Pulau Pinang amnya.

Tiada ulasan: