Rabu, 26 Ogos 2009

Potong bekalan, pekerja TNB kena tetak

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED


BACHOK – Sakit hati dengan tindakan pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik rumahnya yang tertunggak bayaran, seorang lelaki bertindak menetak kepala pekerja TNB terbabit di sebuah rumah di pekan Gunong di sini semalam.

Bagaimanapun, pekerja TNB tersebut, Ahmad Taib bernasib baik kerana memakai topi keledar ketika diserang.

“Saya bernasib baik kerana memakai topi keledar, kalau tidak kepala saya parah ditetak oleh lelaki terbabit.

“Kejadian itu berlaku selepas saya memotong bekalan elektrik di rumahnya di pekan Gunong semalam (kelmarin),” katanya yang bertugas di Unit Pemotongan Bekalan Elektrik TNB, Bachok.

Ahmad, 37, berkata, sebelum kejadian, dia mendapat arahan memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di pekan Gunong pada pukul 11.30 pagi kelmarin.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil selepas pemilik rumah berkenaan gagal menjelaskan tunggakan bil elektrik sebanyak RM1,600.

Tiada ulasan: