Rabu, 26 Ogos 2009

Polis Trafik buru pengguna ingkar

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM – Polis Trafik Selangor memburu hampir 100,000 saman tertunggak yang dikeluarkan sepanjang tahun ini bermula Januari sehingga Ogos lalu di seluruh negeri ini.

Jumlah keseluruhan saman bernilai hampir RM30 juta hasil yang gagal diperoleh kerajaan berikutan keingkaran pengguna jalan raya melunaskan saman tertunggak.

Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar berkata, polis memandang berat perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang masih gagal berbuat demikian.

“Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 36,949 waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah berikutan keengganan mereka menjelaskannya.

“Sepanjang tempoh ini, kita telah menahan 964 pengguna yang tidak mengendahkan arahan mahkamah,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.

Tiada ulasan: