Isnin, 3 Ogos 2009

Pilihan raya kecil di Permatang Pasir – UMNO/BN disaran tidak bertanding

Wan Kay & SM Noor


KEMAMAN - Umno dan Barisan Nasional (BN) disarankan agar tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil yang bakal diadakan di Dewan Undangan Kecil (Dun) Permatang Pasir, Pulau Pinang.

PAS mencadangkan agar Umno-BN tidak membazirkan wang rakyat serta menggunakannya bagi membangunkan rakyat.

Penolong Setiausaha II, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Haji Hanafiah Mat berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menyampaian bantuan fakir miskin sempena Mini Karnival Dun Chukai, di perkarangan Surau Haji Muda, Geliga, Kemaman.

“Saya nasihatkan kepada Umno untuk tidak meletakkan calon mereka (Barisan Nasional) dan gunakan kewangan itu untuk membangunkan rakyat,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai membayangkan akan menghantar seramai 100 petugas PAS sepenuh masa sepanjang kempen pilihan raya kecil tersebut.

Pilihan raya kecil di Dun Permatang Pasir akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato’ Mohd Hamdan Abdul Rahman kira-kira jam 6.30 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN), di ibu negara, hari ini.

Dun Permatang Pasir dimenangi Allahyarham Dato’ Hamdam sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-10 tahun 1999 dan pada pilihan raya umum lalu (2008) beliau menang dengan majoriti 5,433 undi menewaskan calon Barisan Nasional.

Tiada ulasan: