Rabu, 12 Ogos 2009

Pertandingan dijangka empat penjuru

BERITA HARIAN ONLINE


GEORGETOWN: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan penyertaan seorang calon Bebas dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Calon Bebas yang menawarkan diri adalah pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42, yang sebelum ini tewas dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti.

Presiden Akim, Hanafi Mamat yang kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos tahun lalu, turut mahu bertanding di kubu kuat Pas itu.

Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) dan Pas sudah mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.

BN dan Pas dijangka mengumumkan calon masing-masing pada Jumaat ini.

Tiada ulasan: