Jumaat, 28 Ogos 2009

PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (JUMAAT)

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini (Jumaat, 28 Ogos).

12 tengah hari: Prosiding inkues ditangguhkan sehingga 8 September.

10.40 pagi: Mahkamah berhenti rehat.

10.25 pagi: Mohd Ashraf mengakui terlupa bahawa beliau telah keluar lebih awal dari pejabatnya iaitu kira-kira pukul 2.50 pagi.

Pada mulanya, beliau memaklumkan tidak pernah meninggalkan pejabatnya sehingga beliau pulang pada pukul 5.12 pagi.

Katanya, beliau keluar pada pukul 2.50 pagi itu untuk mengambil surat khabar.

10.20 pagi: Mohd Ashraf memamklumkan kepada mahkamah bahawa semasa proses soal siasat dijalankan tiada sebarang kekerasan digunakan terhadap Teoh.

9.43 pagi: Mohd. Ashraf menambah, Teoh ada meminta air daripadanya sewaktu beliau membuka pintu pejabatnya untuk keluar. Pada ketika itu Teoh hanya berbaring di sofa, bukannya tidur.

9.40 pagi: Mohd. Ashraf memberitahu kira-kira pukul 4.45 pagi beliau nampak Teoh sedang baring pada sofa di ruang tetamu siasatan.

9.35 pagi: Mohd. Ashraf memaklumkan beliau bersama seorang lagi pegawai SPRM telah menemu bual Teoh kira-kira dua jam bermula pukul 10 malam hingga 12.40 tengah malam.

9.25 pagi: Prosiding inkues bermula. Saksi ke-19, Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd. Ashraf Mohd. Yunus dipanggil memberi keterangan.

Tiada ulasan: