Khamis, 27 Ogos 2009

PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (KHAMIS)

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


BERIKUT adalah perkembangan inkues Teoh Beng Hock hari ini:

4.05 petang: Mahkamah ditangguhkan sehingga esok.

4 petang: Mohd Najeib dilepaskan sebagai saksi tanpa syarat.

3.50 petang: Mohd Najeib memberitahu mahkamah bahawa kehadiran mereka di pejabat SUK tanpa notis geledah.

3.45 petang: Mohd Najieb bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Teoh mungkin berada dalam keadaan gelisah semasa kehadiran pegawai SPRM di bangunan SUK Selangor disebabkan kemungkinan Teoh tidak bersedia dengan kehadiran mereka.

3.30 petang: Mohd Najeib memberitahu mahkamah, beliau tidak mendengar sebarang pergaduhan dalam pejabat SPRM pada kira-kira pukul 2.30 pagi 16 Julai lalu.

3 petang: Mohd Najeib memberitahu mahkamah, beliau telah mencetak empat dokumen yang diperoleh daripada komputer riba milik Teoh di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 6 petang pada 15 Julai lalu.

2.32 petang: Prosiding bermula. Saksi ke-18, Penolong Penguasa SPRM, Mohd Najeib Ahmad Walad tampil memberi keterangan.

Tiada ulasan: