Khamis, 20 Ogos 2009

Pentas : Bekas rakan kongsi Rohaizat, bela diri

Ditulis oleh Te@M I.T


PERMATANG PASIR, 20 Ogos - Bekas rakan kongsi calon Umno-BN bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir dijangka membuat kejutan berkaitan maklumat sebenarnya yang berlaku dalam syarikat guamannya.

Sejak semalam, nama Yusri Ishak - rakan kongsi Rohaizat Othman mula muncul sekaligus mahu diberi peluang tampil untuk menangkis tuduhan Umno yang memburukkan beliau.

Tindakan Umno itu hanya mahu mengalih perhatian, lalu menuduh Yusri punca segalanya. Ditambah lagi dengan beberapa kenyataan dari pimpinannya seperti Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dan Zahid Hamidi yang sibuk membela Rohaizat.

Yusri, rakan kongsi kepada Rohaizat akan bertindak demikian setelah beliau dijadikan kambing hitam oleh UMNO, ujar Bendahari Pusat, Dr Hatta Ramli yang mengalu-alukan Yusri untuk menjelaskan kedudukan seterusnya membersihkan namanya yang telah dicalarkan oleh para pemimpin Umno muktakhir ini.

Dr. Hatta ketika ditanya mengenai kesediaan PAS itu, beliau berkata "Saya menawarkan bagi pihak pimpinan PAS, kalau beliau hendak gunakan pentas kita dalam kempen ini untuk memberikan penjelasan,

"Kita nak dengar apa yang telah dilakukan oleh calon ini. Ada salah-lakukah, pecah amanah wang klien kah....kita semua nak tahu," katanya dihadapan lebih 200 hadirin di Markas Utama PAS Permatang Pasir malam tadi.

Tambahnya, penjelasan dari Yusri itu sekaligus mampu menangkis segala tohmahan yang didakwa Umno terhadap dirinya, malah ianya mampu memberikan maklumat yang sebenar kepada kepada penduduk Permatang Pasir.

Sementara itu, menurut sumber, difahamkan isu salah laku Rohaizat, akan didedahkan secara terperinci di Yayasan Salam, dekat sini pagi ini.

Tiada ulasan: